Teaching Economics With GIS
(by Professor of Economic, San Diego Mesa College)
(by Professor of Economic, San Diego Mesa College)
Video ini berkenaan penggunaan GIS dalam pengajaran ekonomi oleh Becca Arnold, seorang profesor ekonomi di Kolej Mesa San Diego. Bagi Becca pengajaran menggunakan GIS adalah berkesan kerana teknologi ini membantu pelajar melihat, memerhati dan mendapatkan data-data dan maklumat-maklumat terperinci berkenaan situasi ekonomi dalam negara khususnya, atau luar negara amnya. Data-data seperti Keluaran Negara Kasar (GDP), pendapatan perkapita, kadar pengangguran, kadar inflasi dan sebagainya dapat diperolehi dengan mudah, cepat, tepat dan terkini. Pelajar-pelajar beliau juga sangat gemar dengan teknik pengajaran Becca.
Persoalannya di sini, apakah itu GIS?
Untuk tahu lebih lanjut tentang GIS dan impaknya terhadap pembelajaran ekonomi, tengoklah video di atas sampai habis.
Sekian, terima kasih.