Sunday, 18 December 2011

Video Review

Teaching Economics With GIS
(by Professor of Economic, San Diego Mesa College)


Video ini berkenaan penggunaan GIS dalam pengajaran ekonomi oleh Becca Arnold, seorang profesor ekonomi di Kolej Mesa San Diego.  Bagi Becca pengajaran menggunakan GIS adalah berkesan kerana teknologi ini membantu pelajar melihat, memerhati dan mendapatkan data-data dan maklumat-maklumat terperinci berkenaan situasi ekonomi dalam negara khususnya, atau luar negara amnya.  Data-data seperti Keluaran Negara Kasar (GDP), pendapatan perkapita, kadar pengangguran, kadar inflasi dan sebagainya dapat diperolehi dengan mudah, cepat, tepat dan terkini.  Pelajar-pelajar beliau juga sangat gemar dengan teknik pengajaran Becca.

Persoalannya di sini, apakah itu GIS? 


Untuk tahu lebih lanjut tentang GIS dan impaknya terhadap pembelajaran ekonomi, tengoklah video di atas sampai habis.

Sekian, terima kasih.

Friday, 25 November 2011

ICT Dalam Pendidikan

Tajuk Artikel :


Tahap Literasi Komputer Pelajar Sekolah Menengah di Kedah

http://journalarticle.ukm.my/155/1/1.pdf

Kajian ini dijalankan ke atas 698 orang pelajar menengah atas di negeri Kedah.  Objektif kajian adalah untuk:
i)   mengukur tahap literasi komputer pelajar sekolah menengah atas
ii)   mengenalpasti hubungan di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi computer pelajar.
iii)   mengenalpasti hubungan di antara sikap dengan kemahiran menggunakan komputer dalam ukuran tahap literasi komputer pelajar.

Dapatan kajian menunjukkan:
i)     tahap literasi komputer dalam kalangan pelajar menengah atas adalah sederhana tinggi
ii)   terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar.
iii)   tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dengan kemahiran dalam ukuran literasi komputer pelajar.

Kajian menyarankan agar setiap sekolah mengadakan lebih banyak aktiviti yang dapat memberi pendedahan mengenai komputer kepada pelajar agar tahap literasi komputer mereka bertambah baik dari semasa ke semasa.



Video Berkaitan ICT dalam P&P

BES ICT Class Learning To Use Google Sketchup


Murid-murid di dalam kelas ini sedang belajar mencipta seni bina 3D menggunakan Google Sketchup.  Google Sketchup merupakan perisisan percuma yang diperkenalkan oleh Google bertujuan untuk membina objek 3D, seperti banguan untuk diletakkan di dalam Google Earth.  Walau bagaimanapun perisisan ini juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya membina model sebuah rumah, membina objek 3D seperti almari, kerusi, meja, kereta, komponen elektrik dan elektronik dan seumpamanya.  Dengan demikian perisian ini boleh diaplikasikan di dalam pendidikan rendah, menengah mahupun pendidikan tinggi.  Mata pelajaran seperti Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup, Sains, Matematik dan Seni Bina boleh menggunakan perisian ini untuk membantu murid melukis dan membina objek 3D.

Berbalik kepada video ini, dengan menggunakan perisian Google Sketchup, murid-murid berpeluang menerokai seni bina tamadun purba dan kemudiannya mewujudkan sebuah seni bina mereka secara akses kendiri.  P&P adalah berpusatkan murid, oleh itu mereka sangat aktif dan dapat mengembangkan idea masing-masing.

Secara peribadi, saya amat tertarik dengan sesi P&P yang ditunjukkan dalam video ini.  Pengajaran menggunakan perisian Google Sketchup mahupun perisian-perisian lain dalam teknologi maklumat bukan sahaja dapat membantu mencapai objektif pembelajaran tetapi juga dapat meningkatkan pemahaman dan daya kreativiti murid.  

Kuliah 5 SGDT5013 IT in Education

Latihan membina blog:

- kemaskini template blog masing-masing.

- tugasan : i)  cari 1 artikel berkaitan dengan ICT dalam P&P, post dan buat sinopsis ringkas
                  ii) cari video juga berkaitan dengan ICT dalam P&P, post link dan buat sinopsis ringkas.



Sunday, 20 November 2011

Sekolah tempat saya bertugas, SMK Inanam, Kota Kinabalu.

Address: 

SMK Inanam,
Peti Surat A-290,
89357 Inanam, Kota Kinabalu

For more info click here 
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001765722700

Sekilas pandang:

Banner Visi & Misi Sekolah



Bilik SU Peperiksaan

Blok A

Blok B

Blok Tambahan
Kelas Tingkatan 6



P&P di Makmal Sains

Tingkat 1


Kantin

Bangku kegemaran pelajar

Pintu masuk sekolah

Taman Hijau depan Pejabat Am

Kaunter Pusat Sumber

P&P Pendidikan Khas 

Bilik Kaunseling


Pusat Sumber

Tapak perhimpunan


P&P Bahasa Jepun di Makmal ICT A







Welcome

Selamat datang ke laman Cikgu Red


Blog ini dibina untuk memenuhi kursus SGDT5013 IT IN EDUCATION (UUM)