Friday, 25 November 2011

Video Berkaitan ICT dalam P&P

BES ICT Class Learning To Use Google Sketchup


Murid-murid di dalam kelas ini sedang belajar mencipta seni bina 3D menggunakan Google Sketchup.  Google Sketchup merupakan perisisan percuma yang diperkenalkan oleh Google bertujuan untuk membina objek 3D, seperti banguan untuk diletakkan di dalam Google Earth.  Walau bagaimanapun perisisan ini juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya membina model sebuah rumah, membina objek 3D seperti almari, kerusi, meja, kereta, komponen elektrik dan elektronik dan seumpamanya.  Dengan demikian perisian ini boleh diaplikasikan di dalam pendidikan rendah, menengah mahupun pendidikan tinggi.  Mata pelajaran seperti Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup, Sains, Matematik dan Seni Bina boleh menggunakan perisian ini untuk membantu murid melukis dan membina objek 3D.

Berbalik kepada video ini, dengan menggunakan perisian Google Sketchup, murid-murid berpeluang menerokai seni bina tamadun purba dan kemudiannya mewujudkan sebuah seni bina mereka secara akses kendiri.  P&P adalah berpusatkan murid, oleh itu mereka sangat aktif dan dapat mengembangkan idea masing-masing.

Secara peribadi, saya amat tertarik dengan sesi P&P yang ditunjukkan dalam video ini.  Pengajaran menggunakan perisian Google Sketchup mahupun perisian-perisian lain dalam teknologi maklumat bukan sahaja dapat membantu mencapai objektif pembelajaran tetapi juga dapat meningkatkan pemahaman dan daya kreativiti murid.  

2 comments: