Friday, 25 November 2011

ICT Dalam Pendidikan

Tajuk Artikel :


Tahap Literasi Komputer Pelajar Sekolah Menengah di Kedah

http://journalarticle.ukm.my/155/1/1.pdf

Kajian ini dijalankan ke atas 698 orang pelajar menengah atas di negeri Kedah.  Objektif kajian adalah untuk:
i)   mengukur tahap literasi komputer pelajar sekolah menengah atas
ii)   mengenalpasti hubungan di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi computer pelajar.
iii)   mengenalpasti hubungan di antara sikap dengan kemahiran menggunakan komputer dalam ukuran tahap literasi komputer pelajar.

Dapatan kajian menunjukkan:
i)     tahap literasi komputer dalam kalangan pelajar menengah atas adalah sederhana tinggi
ii)   terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pendidikan dan tingkat pendapatan ibu bapa dengan tahap literasi komputer pelajar.
iii)   tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dengan kemahiran dalam ukuran literasi komputer pelajar.

Kajian menyarankan agar setiap sekolah mengadakan lebih banyak aktiviti yang dapat memberi pendedahan mengenai komputer kepada pelajar agar tahap literasi komputer mereka bertambah baik dari semasa ke semasa.



1 comment: